24/07/2013

Satu hari lagi hari yang BERJEREBU!

Lokasi: Daro, Sarawak, Malaysia
Wahai manusia, sedarlah bahawa sikap kamu yang suka membakar itu mendatangkan kemudaratan kepada sekian alam yang menyedut asap akibat perbuatan kamu itu. Jangan fikirkan kepentingan diri, fikir juga kami yang turut menghirup udara yang sama ini. Duit boleh cari, kesihatan mana nak cari? Maka, sedarlah wahai manusia! Tuhan memberkati.

23/07/2013

Hari Pertama Masuk Sekolah

Lokasi: Daro, Sarawak, Malaysia
Hai murid-murid! Nama cikgu, Parker Anak Stephenson Changai. Cikgu berasal dari Selangau. Pernah dengar Selangau? "Tak pernah, cikgu." Mulai hari ini, cikgu akan ganti cikgu kamu yang sebelum ini. Cikgu Pah sedang sakit. "Tahu tak?" "Tahu, cikgu".

Sepanjang jadi Guru Interim DC41, banyak cabaran dan dugaan yang mendatang.  Walau bagaimanapun, banyak ilmu baru juga yang aku dapat. Baru nak seronok sikit jadi guru Pra, dapat pula ada guru opsyen Pra masuk sekolah, syukur. Akhirnya aku beralih pula ke kelas perdana, dapat pula BM Tahun 2 dan 3, DSV Tahun 2.

Apa-apapun, perjuangan menjadi seorang pendidik harus diteruskan.

Buat rakan-rakan Muslim, selamat berpuasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...