09/03/2013

IPG Kampus Sarawak Berhantu?

Lokasi: Miri, Sarawak, Malaysia
YANG MEMPUNYAI MASALAH KETAKUTAN DINASIHATKAN JANGAN TERUSKAN MEMBACA. SEBARANG KESAN SAMPINGAN ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI.

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang beberapa kisah seram yang pernah berlaku dan didengar dan berlaku sendiri terhadap saya.  Seperti biasa, saya akan menceritakan kisah tersebut secara ringkas:

  1. Asrama lelaki sekarang merupakan asrama perempuan sebelum zaman kedatangan kita semua dahulu. Oleh itu, asrama lelaki sekarang lebih "keras" berbanding asrama perempuan.
  2. Pasangan "kembar" pernah melihat kelibat berwarna putih di dalam biliknya dahulu iaitu bilik aras bawah blok E paling hujung sebelah pejabat En. Johan.
  3. Saya dan Alex Dudley pernah mengalami peristiwa "ditimpa" iaitu perasaan seolah lemas iaitu tidak mampu bergerak yang tida sangkut paut dengan tidur lewat atau keletihan.
  4. Ada satu bilik di blok E yang tidak digunakan sehingga kini dipercayai merupakan sebuah bilik perempuan yang membunuh diri.
  5. Rayson Josin juga pernah melihat lembaga putih.
  6. Penghuni blok tengah asrama lelaki juga pernah menyaksikan kelibat "toyol" di laluan koridor luar bilik aras 1.
  7. Pokok depan dewan ilmu juga pernah menampakkan lembaga.
  8. Kawasan hutan kem Pengakap pernah terlihat kelibat lembaga berwarna putih.
  9. Beberapa orang sahabat saya pernah menyaksikan kejadian kemunculan kelibat suatu yang tak pasti di kawasan ampaian asrama lelaki sebelah malam.
  10. Ampai blok F juga pernah terlihat kanak-kanak berlari di ampaian. Christopher pernah menyaksikan kejadian ini.
  11. Perigi di depan G mempunyai cerita tersendiri yang seram iaitu budak kelihatan bermain pada bulan yang tertentu sebelum disimen. Tanya Albert Grey Tzie untuk cerita ini lebih lanjut.
  12. Mak cik koop yang dahulu pernah dengar perempuan menangis kesejukan. Cek-cek tengok perempuan yang menangis tu adalah pelajar cina yang mati lemas.
#kuatkan iman. 
#bersambung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...