24/07/2013

Satu hari lagi hari yang BERJEREBU!

Lokasi: Daro, Sarawak, Malaysia
Wahai manusia, sedarlah bahawa sikap kamu yang suka membakar itu mendatangkan kemudaratan kepada sekian alam yang menyedut asap akibat perbuatan kamu itu. Jangan fikirkan kepentingan diri, fikir juga kami yang turut menghirup udara yang sama ini. Duit boleh cari, kesihatan mana nak cari? Maka, sedarlah wahai manusia! Tuhan memberkati.

23/07/2013

Hari Pertama Masuk Sekolah

Lokasi: Daro, Sarawak, Malaysia
Hai murid-murid! Nama cikgu, Parker Anak Stephenson Changai. Cikgu berasal dari Selangau. Pernah dengar Selangau? "Tak pernah, cikgu." Mulai hari ini, cikgu akan ganti cikgu kamu yang sebelum ini. Cikgu Pah sedang sakit. "Tahu tak?" "Tahu, cikgu".

Sepanjang jadi Guru Interim DC41, banyak cabaran dan dugaan yang mendatang.  Walau bagaimanapun, banyak ilmu baru juga yang aku dapat. Baru nak seronok sikit jadi guru Pra, dapat pula ada guru opsyen Pra masuk sekolah, syukur. Akhirnya aku beralih pula ke kelas perdana, dapat pula BM Tahun 2 dan 3, DSV Tahun 2.

Apa-apapun, perjuangan menjadi seorang pendidik harus diteruskan.

Buat rakan-rakan Muslim, selamat berpuasa.

12/03/2013

The Special Birthday!

Terima kasih Tuhan atas segala berkat dan hari yang Kau berikan dan.keluarga yang begitu baik sukar diungkap dengan kata bicara serta kekasih hati yang very supportive. Buat rakan yang mengenali dan memperingati tarikh ini, moga kalian dirahmati dan dikasihi. Posting ini saya simpulkan kurnia dari Tuhan dan kerjasama semua yang ambil berat dalam hidup saya bagi masa depan yang baik. Terima kasih Tuhan atas segalanya. Ku kirim doa ikhlas buat semua. Mohon maaf andai pernah meluka terlanjur kata terkesat bahasa terlepas terkasar budi bocara sopan santun.

11/03/2013

My new Heaven in Sk Salah Kechil

Lokasi: Unknown location.
Ini merupakan gambar terbaru keadaan bilik saya bdekatan dengan sekolah tempat aku mengajar Sk Salah Kechil. Oleh kerana faktor kuaters guru tak cukup, aku diperintah untuk menyewa sebuah bilik yang berdekatan dengan sekolah. Dengar kata, sewa hanya 75/month. Aku bersama 3 orang rakan guru lain bermastautin di sini. Nak tak nak, aku dah tak ada pilihan lain. Sahut cabaran ini, rugi kalau tak melalui pengalaman hidup begini sebagai pendidik. Keadaan asal bilik memang teruk, lepas kmas dan cipta perabot sendiri, jadilah seperti yang dilihat. Nak kongsi sikit, aku mengajar pra sekolah, pertama kali dalam hidup, tempuh saja cabaran En. Othman, GB SKSK Daro.

09/03/2013

IPG Kampus Sarawak Berhantu?

Lokasi: Miri, Sarawak, Malaysia
YANG MEMPUNYAI MASALAH KETAKUTAN DINASIHATKAN JANGAN TERUSKAN MEMBACA. SEBARANG KESAN SAMPINGAN ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI.

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang beberapa kisah seram yang pernah berlaku dan didengar dan berlaku sendiri terhadap saya.  Seperti biasa, saya akan menceritakan kisah tersebut secara ringkas:

  1. Asrama lelaki sekarang merupakan asrama perempuan sebelum zaman kedatangan kita semua dahulu. Oleh itu, asrama lelaki sekarang lebih "keras" berbanding asrama perempuan.
  2. Pasangan "kembar" pernah melihat kelibat berwarna putih di dalam biliknya dahulu iaitu bilik aras bawah blok E paling hujung sebelah pejabat En. Johan.
  3. Saya dan Alex Dudley pernah mengalami peristiwa "ditimpa" iaitu perasaan seolah lemas iaitu tidak mampu bergerak yang tida sangkut paut dengan tidur lewat atau keletihan.
  4. Ada satu bilik di blok E yang tidak digunakan sehingga kini dipercayai merupakan sebuah bilik perempuan yang membunuh diri.
  5. Rayson Josin juga pernah melihat lembaga putih.
  6. Penghuni blok tengah asrama lelaki juga pernah menyaksikan kelibat "toyol" di laluan koridor luar bilik aras 1.
  7. Pokok depan dewan ilmu juga pernah menampakkan lembaga.
  8. Kawasan hutan kem Pengakap pernah terlihat kelibat lembaga berwarna putih.
  9. Beberapa orang sahabat saya pernah menyaksikan kejadian kemunculan kelibat suatu yang tak pasti di kawasan ampaian asrama lelaki sebelah malam.
  10. Ampai blok F juga pernah terlihat kanak-kanak berlari di ampaian. Christopher pernah menyaksikan kejadian ini.
  11. Perigi di depan G mempunyai cerita tersendiri yang seram iaitu budak kelihatan bermain pada bulan yang tertentu sebelum disimen. Tanya Albert Grey Tzie untuk cerita ini lebih lanjut.
  12. Mak cik koop yang dahulu pernah dengar perempuan menangis kesejukan. Cek-cek tengok perempuan yang menangis tu adalah pelajar cina yang mati lemas.
#kuatkan iman. 
#bersambung.

07/03/2013

SK Salah Kechil Aku Datang!

Lokasi: Daro, Sarawak, Malaysia
  • saat yang dinantikan telah tiba.
  • tak sabar dah nak berkhidmat mendidik anak bangsa.
  • pasal sekolah ini, sejujurnya memang tak pernah dengar.
  • yang aku dengar, sekolah ini dalam sebuah pulau.
  • waa, macam mendidik di Caribbean lah ini nanti.
  • ibubapa tumpang gembira begitu juga adik.
  • Kekasih hati, Elfera Adriana Achin, sayang memang banyak membantu aku. Tq sayang.
  •  saya minta semua mendoakan agar segalanya dipermudahkan.
  • posting sudah, interview datang menjelma.
  • agar segalanya dipermudahkan.
  • Amen.
#salam mendidik anak bangsa.
#salam berkhidmat kepada yang telah posting.
#kepada yang masih belajar, teruskan usaha.

06/03/2013

Wang Hantaran di Malaysia

Lokasi: Malaysia
  • anda rasa ini mahal?
  • saya rasakan yang semua ini adalah berbaloi dengan kos saraan yang telah dibelanjakan oleh ibubapa bagi menjaga anak-anak dari seawal bergelar bayi sehinggalah seorang dewasa.
  • kalau ikutkan, kita ini tidak ternilai harganya.
  • bagi laki bujang yang hendak mendirikan rumahtangga, persiapkan diri dulu dengan jumlah wang tertentu.
  • jaga rumahtangga, jangan bayar mahal-mahal kemudian bercerai juga, rugi dan berdosa.
#berkorban apa saja demi yang tercinta. duit bukan segalanya.

Duckface menggelikan...

itik ini lagi comel dari perempuan yang buat duckface..kan..kan..kan..
  • maaf kepada penggemar-penggemar "duckface".
  • kalau nak senyum tu, senyumlah betul-betul oi!
  • tak payah nak dimuncungkan sangat bibir!
  • Tuhan bagi cukup sempurna.
  • Cukuplah sekadar senyuman manis biasa.
  • Tak perlulah nak dibetulkan sangat senyumanmu itu.
#kena hormat juga la "duckface". Diorang pun manusia juga kan.=)

tak perlu bercakap lama di telefon

aku kata
  • bercakap terus tentang sesuatu perkara yang ingin disampaikan bagi mengelakkan pembaziran masa dan kredit
  • perbincangan yang berlanjutan akan menyebabkan pergaduhan
  • akan tercetus salah faham apabila pihak pendengar dan penerima ada pandangan yang berbeza dan kedua-duanya tidak berusaha memahami mesej yang hendak disampaikan
# sampaikan maklumat dengan mudah, jelas dan tepat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...